
Apa itu Insuran Konvensional (Bahagian 1)
Mac 25, 2008Ia adalah satu kontrak perniagaan dan termasuk dari kalangan Kontrak Pertukaran Kewangan (‘Uqud Mu’awadat Maliah). Syarikat insuran membayar jumlah tertentu kepada pencarum insuran apabila berlaku beberapa jenis kemalangan @ musibah yang telah ditentukan dalam kontrak (aqad)bersesuaian dengan kadar-kadar tertentu. Ia juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum
Kontrak insuran ini mengandungi ciri-ciri berikut:
- Redha di kedua-dua pihak (iaitu syarikat insuran dan pencarum). Ia ibarat satu kontrak perjanjian yang lengkap dan mengandungi aspek ijab & qabul.
- Pihak pemberi insuran; iaitu syarikat insuran.
- Pencarum; iaitu individu yang membayar jumlah tertentu dan yang membuat perjanjian dengan syarikat insuran.
- Yang menerima manfaat; iaitu seperti anak.
- Kebahayaan/musibah; iaitu jenis-jenis musibah @ kemalangan yang diandaikan yang ditentukan dalam kontrak seperti kecurian, kebakaran, kecederaan, kematian, dan lain-lain.
Bentuk insuran ini adalah seperti:
- Insuran terhadap musibah menimpa tubuh
- Insuran harta dan pecahannya (kereta, motor, rumah, dan lain-lain)
- Insuran kemalangan jalan raya
- Insuran kerja
- Lain-lain
“Salah satu sebab utama insuran konvensional menjadi haram adalah riba”
Ia adalah satu perbincangan ilmiah dan sebenarnya memerlukan basic knowledge tertentu yang agak kukuh untuk memahaminya dengan sempurna. Demi mendapat kefahaman sepenuhnya dalam bab in, pembaca mestilah mempunyai ilmu asas berikut:
- Pembahagian kepada Aqad Mu’awadat (Pertukaran) & Tabarru’ah (Derma dan sumbangan).
- Riba’ dan pembahagiannya.
- Syarat jual beli dalam Islam
Menurut kesepakatan Ulama dan Ilmuan Islam, Insuran konvensional adalah haram keranaunsur riba’ yang jelas didalamnya.
–Sumber: Zaharuddin.Net–
Ikuti sambungannya pada post akan datang…