
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Berkenaan Insurans (Konvensional)
Januari 24, 2008Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan telah bersepakat, mengeluarkan suatu fatwa pada 15 Februari 1979, berkenaan isu insurans nyawa.
Fatwa berkenaan berbunyi:
Insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:
- mengandungi gharar (ketidaktentuan)
- mengandungi unsur judi
- mengandungi muamalah riba’
Sumber: e-Fatwa JAKIM
Maka, telah termaktublah bahawa insurans yang di bawa oleh syarikat insurans konvensional (selain takaful) adalah tidak sah dan membawa kepada HARAM.
Sesiapa yang telah terambil mana-mana polisi insurans tanpa mengetahui hukumnya sebelum ini, hendaklah meninggalkannya serta-merta, setelah mengetahuinya.